Tuesday, April 28, 2009

Ini Man Baia, lelaki macho dalam kumpulan kami. Gambar ini diambil ketika kami berehanti sebentar di pekan Pengkalan Hulu. Bukan apa, dah ramai-ramai berkonvoi tu, ada yang tercicir dan tersesat kat belakang sana. Memandangkan kamera dah di tangan, model dah di depan, apalagi? Zass! Tangkap aja lah gambor...

Pagi yang ceria itu menyaksikan kami masing-masing begitu bersemangat untuk memperitekkan diri di Gua Itek... Hmm seronok juga sesekali berjalan-jalan itek. Quack! Quack!

Friday, April 17, 2009

Breakfast with Director

Tahu le nak pergi Gua Itek, tapi janganlah sampai jadi slow-itek...
Cadang nak bertolak jam 6.00 pagi akhirnya berlepas dari Jelapang pada jam 8.00 pagi. Bukan miscommunication, tapi memang planning macam tu... Letih le kononnya tu sebab baru aja kena audit. Padahal audit bukan kena lari 100 meter pun.
Malam sebelum bertolak tu, Baia, Shah dan Aery beria-ia nak tidur kat umah Sam. Kebetulan bini Sam pun tak da kat rumah. Balik kampung kalau tak silap. Bolehlah huh-hah2 sikit2. Tapi hari Ahad tu ibu jari si Aery membengkak. Orang kata kena ulat bulu, tapi doktor kata sakit apa entah... Bila masa Aery jumpa ulat bulu? Dia tu yang ulat bulu, logik gak. Kena toreh le ibu jari dia buang nanah sampai juling-juling bijik mata Aery. Doktor pesan tak boleh kena air. Tapi kalau nak ke Gua Itek, tentulah kena main air gak. Itek mana boleh kalau tak ada air. Jari berdenyut-denyut ditambah malam tu pula hujan, tak jadi ler Aery tidur kat umah Sam. Dengar nasihat doktor ler tu, takleh kena air.
Bila Aery tak ke rumah Sam, Baia dan Shah pun tak kuasa nak ke sana. Singgah kat umah Mior di Meru, join dengan group Mior - Fuad dan Jai. Depa macam biasa ler, tengok wayang, main boling, santai kat Gerbang Malam selain mengacau Amoi. Satu malam tak tidur. Tu yang bangun pagi macam orang belum bangun. Macam itek mabuk daun kaduk.
Ana pula entah tidur kat mana. Tiba-tiba je pagi tu minta Shah datang ambik kat Jelapang. Jalan sana, jalan sini dicampur dengan yang membuat pelaburan pagi, sedar-sedar dah jam 7.00 pagi. Layan aja ler. Mereka pun singgah makan nasi lemak kat Jelapang. Sedap weh.
Bukanlah! Bukan dengan Pengarah.... Dengan bebudak tak tentu arah.. He he..
Perjalanan pagi tu menyeronokkan juga tapi sebab masing-masing dah mengantuk, separuh jalan ramai yang dah terlelap. Janji kena tiba kat Hospital Grik pada jam 9.00 pagi. Bertolak jam 8.00 pagi... Eloklah tu. Takpa, Shah kalau mengantuk memandu lebih laju dari biasa. Memotong aja kerjanya. Bak kata bapak si Aery, kalau memandu kat jalan 2 hala, belasah aja potong sesuka hati. Kete dari depan tu pemandunya nak hidup gak. Pandai ler depa mengelak. Tambah-tambah kalau kete baru jenis mahal, kalau boleh geser sikit pun tak nak. Hmmm... jangan amalkan ya adik-adik. Bukan apa, kot nanti pemandu kete dari depan tu pun guna konsep yang sama, tak ke nahas jawabnya. Dibuatnya lori yang datang dari depan, hmmm pakai dapat cuti tidur selamanya ler. Tak gitu?

Dan pagi itu tepat jam 9.00, mereka sampai juga ke destinasi. Semua peserta berkumpul di Hospital Grik. Sempat minum pagi bersama Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak, Tn Hj Abu Hassan.

Thursday, April 16, 2009

Esok Masih Ada...

Sehari sebelumnya memasing dah merancang nak bertolak subuh-subuh. Al-maklumlah semangat tengah berkobar-kobar. Ye lah, selepas nyaris-nyaris tidak dapat menyertai XPDC kali ini. Banyak ler pulak aral yang melintang. Hmm... Dua kali tarikh ditunda oleh penganjur. Bila ditetapkan tarikh ke 3 iaitu pada 22 dan 23 Disember 2008, memang meraung-raung ler hati mereka. Apa taknya, boss besor dah setuju nak sponsor (walaupun tak minta) tapi tarikh-tarikh tersebut clash dengan hari audit. Biasalah audit kan, kita jadi "backdrop" aja pun penting juga kena hadir.

Jiba dah beli tiket naik belon ke Sarawak. Kenduri kakak dia kahwin. Melepas lagi dia, selepas melepas untuk bersama S.U.Z.I. ke Stong, Kelate. Dia kata takpa (dengan suara yang tak lemak tapi lunak). Yang lain-lain tu makan hati juga cari jalan untuk dapatkan pelepasan. Aery, Baia, Fuad dan Ana no hal. Bos kecik depa "on" aja. Muka-muka depa tak penting gitu (sebenornya mandrem le sikit-sikit kot).



Shah pula belum apa-apa dah kata bos kecik dia tak bagi. Aery rasa nak bagi penampar aja kat dia sebab bila Aery jumpa bos kecik Shah, orang tua tu relaks aja luluskan. Siap tanya, duit cukup ke? Memanglah kalau campur krim selaran mentari, losyen pelindung ultralembayung, seluar ketat Tyra Bank et cetera (3X).... mana pernah cukup duit weh... Janji bagi pergi je dah cukup. Lain2 tu minta BJ belanja pun boleh... Dia boleh bagi makan rumput...

Mior pula sampai last minit tak tanya bos dia. Dia satu-satunya pemegang mohor besar Raja-Raja untuk buat kalibrasi. Kalau dia tak ada semasa audit, siapa yang nak jawab? Mamat-mamat dan minah-minah lain tu nanti awal-awal dah nyorok dalam tong deram, mengeram penuh seram. Kesian gak kat bos kecik dia. Terkangkang-koyak nak mengelola semua rekod-rekod kalibrasi tu. Ek-eleh, bila Aery pi tanya, bos kecik Mior jawab,"Isy... Dia yang tak datang jumpa I. I memang bagi dia pergi". Hmm bebudak ni, over-phobia le tu...

Lain hal dengan Sam. Sampai ke sudah bos kecik dia tak benarkan pergi. Dah mati akal tak tahu nak buat cam mana. Anchor man gitu. Hidang ayam golek, ayam kentaki, telur ayam, semua tak jalan. Kuasa veto bos besar pun tak lut. Sedih betul hati mereka bertujuh sebab kalau Sam tak pergi, mendunglah bahagian utara Perak nanti. Dia tu bak speaker dewan rakyat. Doa ajalah kata Aery moga-moga tarikh audit ditunda. Bawak-bawak sembahyang hajat gitu.

Tup-tup, masin mulut Aery yang selalunya celupar tu. Tarikh audit dibawa ke depan (17 hingga 19 Dis 2008). Dan audit pada kali ini keputusannya memang cun. Maka dengan senang hati mereka berlapan pun bebas menyertai XPDC.... Macam ayam terlepas jerat. Kok kok kok kok... zass! Terus tak toleh belakang.

Quack! Quack! With S.U.Z.I.

Teringat Norlia Ghani dalam iklan Digi....
Comelnya itek...

Jom kuek-kuek dengan S.U.Z.I.
Kat mana lagi, of course le kat Gua Itek..
Pengkalan Hulu....



Tengok ler tu, itek-itek yang comel tapi tak gebu...

Kali ini S.U.Z.I. berpeluang mengikuti XPDC ke Gua Itek anjuran Jabatan Alam Sekitar Perak. Sebenarnya XPDC ini merupakan aktiviti tambahan kepada XPDC Berakit Di Sungai Perak Part II. Lapan orang peserta dari kru Gemerincing Datins mengambil bahagian dalam pertandingan berakit tersebut, 7 lelaki mantap dengan seorang wanita brutal.
Ingin mengikuti kisah S.U.Z.I. bersama model Gua Itek Datin Seri Gemerincing? Jom....