Thursday, April 16, 2009

Esok Masih Ada...

Sehari sebelumnya memasing dah merancang nak bertolak subuh-subuh. Al-maklumlah semangat tengah berkobar-kobar. Ye lah, selepas nyaris-nyaris tidak dapat menyertai XPDC kali ini. Banyak ler pulak aral yang melintang. Hmm... Dua kali tarikh ditunda oleh penganjur. Bila ditetapkan tarikh ke 3 iaitu pada 22 dan 23 Disember 2008, memang meraung-raung ler hati mereka. Apa taknya, boss besor dah setuju nak sponsor (walaupun tak minta) tapi tarikh-tarikh tersebut clash dengan hari audit. Biasalah audit kan, kita jadi "backdrop" aja pun penting juga kena hadir.

Jiba dah beli tiket naik belon ke Sarawak. Kenduri kakak dia kahwin. Melepas lagi dia, selepas melepas untuk bersama S.U.Z.I. ke Stong, Kelate. Dia kata takpa (dengan suara yang tak lemak tapi lunak). Yang lain-lain tu makan hati juga cari jalan untuk dapatkan pelepasan. Aery, Baia, Fuad dan Ana no hal. Bos kecik depa "on" aja. Muka-muka depa tak penting gitu (sebenornya mandrem le sikit-sikit kot).



Shah pula belum apa-apa dah kata bos kecik dia tak bagi. Aery rasa nak bagi penampar aja kat dia sebab bila Aery jumpa bos kecik Shah, orang tua tu relaks aja luluskan. Siap tanya, duit cukup ke? Memanglah kalau campur krim selaran mentari, losyen pelindung ultralembayung, seluar ketat Tyra Bank et cetera (3X).... mana pernah cukup duit weh... Janji bagi pergi je dah cukup. Lain2 tu minta BJ belanja pun boleh... Dia boleh bagi makan rumput...

Mior pula sampai last minit tak tanya bos dia. Dia satu-satunya pemegang mohor besar Raja-Raja untuk buat kalibrasi. Kalau dia tak ada semasa audit, siapa yang nak jawab? Mamat-mamat dan minah-minah lain tu nanti awal-awal dah nyorok dalam tong deram, mengeram penuh seram. Kesian gak kat bos kecik dia. Terkangkang-koyak nak mengelola semua rekod-rekod kalibrasi tu. Ek-eleh, bila Aery pi tanya, bos kecik Mior jawab,"Isy... Dia yang tak datang jumpa I. I memang bagi dia pergi". Hmm bebudak ni, over-phobia le tu...

Lain hal dengan Sam. Sampai ke sudah bos kecik dia tak benarkan pergi. Dah mati akal tak tahu nak buat cam mana. Anchor man gitu. Hidang ayam golek, ayam kentaki, telur ayam, semua tak jalan. Kuasa veto bos besar pun tak lut. Sedih betul hati mereka bertujuh sebab kalau Sam tak pergi, mendunglah bahagian utara Perak nanti. Dia tu bak speaker dewan rakyat. Doa ajalah kata Aery moga-moga tarikh audit ditunda. Bawak-bawak sembahyang hajat gitu.

Tup-tup, masin mulut Aery yang selalunya celupar tu. Tarikh audit dibawa ke depan (17 hingga 19 Dis 2008). Dan audit pada kali ini keputusannya memang cun. Maka dengan senang hati mereka berlapan pun bebas menyertai XPDC.... Macam ayam terlepas jerat. Kok kok kok kok... zass! Terus tak toleh belakang.

No comments:

Post a Comment